Thursday, February 5, 2009

iktibar dari sebiji kacang hijau

Pohon beringin yg besar itu asalnya dari 1 biji yg kecil & burung yg besar terbang di udara itu asalnya dari sebutir telur..

Org yg tidak berbuat apa2 blh berkata apa2 saja..
Dia nmpk org berniaga kecil2an,dia kata "buat apalah berniaga tepi jln,bila nak kaya?"
Dia nmpk org berlatih sukan,dia kata "setakat jaguh kg blh la..."
Dia terserempak dgn org yg menulis buku,dia kata "setakat buku picisan mcm ni aku pun blh buat.."

Hakikatnya dia x pnh berbuat apa2.Sbb itu dia bebas berkata apa saja.
Jika dia buat perkara yg sama,dia akan berfikir byk kali sblm memberi komen.
Dia tahu jerih perihnya utk membina gerai di tepi jln,berhadapan dgn cabaran pelanggan&penguatkuasaan.
Komennya mungkin tidak bersifat komplen.

Jika dia pnh berlatih utk memenangi sesuatu pertandingan sukan,dia akan tahu betapa pentingnya sesuatu kemenangan itu.
Biarpun tarafnya setakat jaguh kg ia ttp penting utk kemenangan lbh besar.
Dia tak pnh memiliki kesungguhan spt itu,maka dia bebas berkata apa2 saja..

Kalau dia tahu sukar & sulitnya menulis buku,dia tidak mudah memperlekeh karya org lain.
Sebaris ayat pun xpnh dihasilkannya,tentulah dia blh berkata apa2 saja..

Org begini pastinya x akan kemana2.Dia akan statik dgn kedudukannya sbg pemerhati & pengkritik.
Ramai sungguh org yg menjadi penganalisa tak bertauliah.
Cakapnya pandai,hujahnya kadang2 bernas juga tapi satu apa pun x pnh terhasil olehnya..

Setiap sesuatu yg besar itu bermula dari sesuatu yg kecil.
Setiap yg lahir terus gagah,biasanya tidak bertahan lama.
Gedung perniagaan yg gagah di bandar raya asalnya satu perniagaan yg kecil.
Kebanyakan org kaya asalnya org biasa.
Pemimpin asalnya rakyat biasa.
Seekor ayam asalnya sebutir telur.
Seekor burung yg terbang tinggi di angkasa,asalnya kecil,lemah tanpa sayap.
Setiap hari ibu burung akan mencarikan makanan utknya & memasukkan makanan itu ke dlm mulutnya.
Tiada seekor burung pun lahir tiba2 terus blh terbang.

Org yg x berbuat apa2 mmg blh berkata apa2 saja.
Berckp itu mudah sbb itu ramai org melakukannya.
Bila tiba masa utk berbuat sesuatu,terus menyerah sblm mencuba.
Istimewanya mereka hanya pd "eleh,setakat mcm tu aku pun blh".
Namun dia xpnh melakukannya.
Itulah pelik & anehnya sesetengah manusia.

Jika x pnh memegang berus cat,mudah saja mengatakan kerja mengecat tu senang & blh dilakukan semua org.
Setelah benar2 mengecat sakit & letihnya.
Menonton perlawanan bola sepak selalu jd juara jerit tapi bila di suruh bermain ternyata kaki bangku.
Menonton org menyanyi mmg mudah mengatakan itu ini,begitu begini.
Tapi bila disuruh menyanyi,x blh kotakan apa yg dikata.

"Doktor,tlg saya.Sebiji kacang hijau masuk dlm telinga saya"kata seorg pesakit.
"Wah,ini sukar sekali.Perlu teliti mengeluarkannya.Kalau tidak dalaman telinga awak blh cedera".
"Apa susahnya doktor?sebiji kacang hijau je".
"Kalau begitu awak masukkan air ke telinga,tunggu hingga ia tumbuh menjadi taugeh.Senanglh awak cabut".

Org yg x tahu apa2 mmg blh kata apa2 saja...

~ DR. H.M TUAH ~

1 comment:

  1. Betul3.. kata2 ni bole buat kte berfikir brkali2 sblm kte ucapkn..

    ReplyDelete