Friday, March 20, 2009

7 kesilapan lazim dlm mengurus wang

Saya terbaca artikel ni dan memang sesuai utk saya jadikan panduan bg saya dan saya berminat utk berkongsi dgn pembaca yg lain..

Jika bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, kita mesti mengenal pasti terlebhi dahulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan supaya anda dapat belajar drpdnya.

GAGAL MERANCANG
Alasan yg selalu diberikan oleh mereka yg tidak merancang kewangan ialah " saya sibuk dgn kerja dan keluarga hingga tak sempat utk menguruskan kewangan saya ". Sebenarnya walaupun tergolong dlm golongan berpendapatan sederhana, tabiat " merancang kewangan " akan membolehkan anda menjadi seorg yg berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari.

BERBELANJA MELEBIHI KEMAMPUAN
Kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan & iklan di sekeliling kita. Ramai yg sanggup menghabiskan wang semata-mata utk mengikut arus peredaran masa & tak mahu dianggap ketinggalan zaman. Akibatnya ramai yg hanya mempunyai baki yg amat sedikit dlm akaun bank dihujung bulan selepas ditolak pelbagai bayaran pinjaman, kad kredit, bil dsb.

BERBELANJA MENGGUNAKAN KAD KREDIT
Tabiat beli dulu bayar kemudian adalah perkara biasa skrg ni. Hampir setiap org mempunyai sekurang-kurangnya 1 kad kredit. Malah ramai yg memiliki lbh dr 1 kad. Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yg akan berpotensi utk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit dan tidak menyedari lama kelamaan ia akan menjadi hutang yg menggunung di kemudian hari. Jika tersilap langkah, tak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Pastikan anda menggunakan kad kredit dgn berhemat.

LEWAT MENABUNG UTK HARI TUA
Untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yg kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yg diinginkan selepas bersara. Bagaimanapun, masih ramai terutama mereka yg sudah hampir bersara masih bergelut utk mencapai jumlah simpanan yg diperlukan. Sepatutnya setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya apa yg berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaab pula yg bertambah.

MELABUR DLM PRODUK YG TIDAK BERSESUAIAN
Terdapat pelbagai produk pelaburan dipasaran. Utk memastikan kita melabur dlm produk pelaburan yg menepati profil risiko & ganjaran yg diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok belok pelaburan. Pastikan anda meneliti ciri sesuatu produk pelaburan berkenaan & mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.

TIDAK MENABUNG UTK WAKTU KECEMASAN
Sesetengah org beranggapan membeli insuran adalah perbuatan membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama jika kita hilang pendapatan/pekerjaan. Tanpa insurans atau wang simpanan seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat utk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yg lain dgn kadar segera.

TERLAMPAU MEMIKIRKAN PASAL WANG
Dalam usaha memupuk tabiat merancang kewangan jgn pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa perkara lain yg amat bermakna dlm hidup kita spt keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan taulan. Kita perlu sentiasa mengingatkan diri mengenai kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh2 dlm membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kpd kita.

~ sumber dr istimewa2u ~

ade ape2 penambahan lg??

No comments:

Post a Comment